Selamat Datang ke Blog SCS SYSTEM



SysHack Computer Services (SCS) telah beroperasi selama 3 tahun di UUM dan mempunyai cawangan di Kemaman, Terengganu. Perkhidmatan dibuat oleh seorang pelajar jurusan Pengurusan Teknologi

Selama perkhidmatan servis yang dibuat, kami telah menerima lebih 50 laptop pada setiap semester untuk diservis. Perkhidmatan SCS tawarkan bukan sahaja format malah juga menawarkan servis baiki komputer atau laptop yang bermasalah tidak kira software atau hardware serta menerima tempahan laman web, design banner, poster, flyer dan name tag.

SysHack Computer (SCS) bermaksud sistem komputer yang diubahsuai untuk memenuhi kehendak pengguna komputer. Semua orang impikan sebuah komputer yang sempurna (Laju, selamat dan canggih). Oleh itu, kami telah cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Dapatkan perkhidmatan servis komputer yang terbaik untuk anda.

Tiada lagi masalah komputer.

"Kepuasan Anda, Keutamaan Kami"

Servis yang ditawarkan.

Pakej Format (RM50)

Windows XP Professional
/ Windows Vista Ultimate / Windows Se7en Ultimate paling laju (Upgrade System) mengikut kemampuan komputer dan dilengkapi dengan software wajib yang telah ditetapkan oleh SCS.

Kelebihan Upgrade System.

> Kelajuan maksimum mengikut tahap kelajuan sebenar Hardware.
> Mempunyai ciri-ciri sistem keselamatan yang tinggi.
> Menjimatkan kuasa bateri (Laptop)
> Mengurangkan kepanasan

Servis & Upgrade System (RM20)

Servis windows yang bermasalah termasuk buang virus, baiki sistem dan tingkatkan prestasi komputer ke tahap maksimum mengikut kemampuan komputer.


Perisian yang telah ditetapkan oleh SCS System


Operating System

Microsoft Windows XP Professional SP3

Microsoft Windows Vista Ultimate

Microsoft Windows Se7en Ultimate


Security Tools

USB Disk Security

USB Remove

AntiVirus Avira

AntiVirus Kaspersky (Pembelian tambahan untuk dapatkan yang Original)


Office Tools

Microsoft Office 2003

Microsoft Office 2007

Acrobat Reader 9

Kamus 3000


Internet Tools

Mozilla Firefox Latest

Opera

Internet Download Manager

Orbit Download Manager

Yahoo Messenger 9


Multimedia Tools

K-Lite Codec + Media Player Classic

Storm CODEC

The KM Player

GOM Player

Windows Media Player 11

Winamp 5Series


Theme Tools

UberIcon

Object Dock

Windows Blinds 6Series


Graphic Tools

Adobe Photoshop CS series

Picasa 3


Compress Tools

WinRAR

WinZIP


Games

Super Mario

Checkers

Real Checkers


System Tools

CCleaner

Tweak UI

Unlocker

Virus Komputer.

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubahsuai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain. Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data. Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain. Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.

Soalan yang biasa ditanya.

Kenapa virus ada pada pendrive saya?
Kerana pendrive anda telah dijangkiti virus yang menjadikan pendrive anda sebagai pembawa virus. Virus tersebut tidak aktif tetapi menanti untuk diaktifkan. Setiap kali anda memasukkan pendrive ke komputer, suatu fail iaitu autorun.inf akan diaktifkan secara auto dan menjalankan beberapa aturcara yang menyuntik virus ke dalam sistem komputer anda. Ini bererti, pendrive anda adalah suatu pembawa virus, dan virus itu hanya akan aktif apabila dimasukkan ke dalam port USB komputer.


Bagaimana untuk menghalang komputer dari diserang virus yang berpunca daripada pendrive?
Caranya ialah dengan mematikan fungsi autorun. (Tekan Ctrl + Shift semasa masukkan pendrive dan tunggu sehingga pendrive sedia digunakan baru lepaskan Ctrl + Shift.)


Bagaimana untuk mematikan fungsi autorun?
Jalankan program ini, secara auto ia akan mematikan fungsi autorun tersebut. Sekiranya ini adalah pertama kali anda menggunakan perisian ini, sila logoff atau restart sistem komputer anda setelah menjalankan perisian ini walaupun tanpa melakukan imbasan.


Adakah komputer saya bebas dari serangan virus dari pendrive setelah mematikan fungsi autorun?
Ya 50% dan tidak 50%. Walaupun peluang virus untuk menyerang komputer anda amat tipis, tetapi kesilapan membuka program virus yang bersifat menyamar akan membawa padah. Sila imbas pendrive anda setiap kali sebelum digunakan bagi langkah keselamatan.


Siapa yang mencipta virus?
Programmer perisian yang tidak bertanggungjawab.


Apa tujuan virus dicipta?

  • Untuk menyusahkan pengguna.
  • Untuk menguji kemahiran.
  • Untuk menguji tahap keselamatan komputer.
  • Untuk persaingan jualan perisian anti-virus.
  • Dan banyak sebab lain.

Virus jenis apa yang menyerang Pendrive saya?
Tidak dapat diterangkan dengan lengkap kerana terlalu banyak nama virus dan ada juga virus yang tiada nama.


Apa yang virus itu buat bila menyerang pendrive saya?
Virus tersebut akan berdiam diri sehingga ada peluang untuk berkerja. Ini bermaksud ia berkemungkinan hanya menyasarkan untuk menjangkiti sistem komputer dan pendrive anda hanya dijadikan tempat kediaman sahaja.


Adakah kemungkinan virus tersebut menghilangkan data pada pendrive saya?
Ya, ada kemungkinan.


Apa yang perlu saya lakukan sekiranya data pada pendrive saya hilang?
Pertama sekali, sila buat imbasan menggunakan perisian ini. Sekiranya data tersebut tidak juga ditemui, anda boleh dapatkan semula data tersebut menggunakan perisian yang terdapat dipasaran.


Adakah kemungkinan lain bagaimana virus menyerang?
Ya, virus juga membuat inisiatif untuk terus hidup pada setiap kali komputer dihidupkan iaitu melalui Registry Startup, Startup Folder dan Services.