Jualan Laptop & Set Komputer (Baru & Terpakai)
Selama perkhidmatan servis yang dibuat, kami telah menerima lebih 50 laptop pada setiap semester untuk diservis. Perkhidmatan SCS tawarkan bukan sahaja format malah juga menawarkan servis baiki komputer atau laptop yang bermasalah tidak kira software atau hardware serta menerima tempahan laman web, design banner, poster, flyer dan name tag.
SysHack Computer (SCS) bermaksud sistem komputer yang diubahsuai untuk memenuhi kehendak pengguna komputer. Semua orang impikan sebuah komputer yang sempurna (Laju, selamat dan canggih). Oleh itu, kami telah cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.
Dapatkan perkhidmatan servis komputer yang terbaik untuk anda.
Tiada lagi masalah komputer.
"Kepuasan Anda, Keutamaan Kami"
Servis yang ditawarkan.
Windows XP Professional / Windows Vista Ultimate / Windows Se7en Ultimate paling laju (Upgrade System) mengikut kemampuan komputer dan dilengkapi dengan software wajib yang telah ditetapkan oleh SCS.
Kelebihan Upgrade System.
> Kelajuan maksimum mengikut tahap kelajuan sebenar Hardware.
> Mempunyai ciri-ciri sistem keselamatan yang tinggi.
> Menjimatkan kuasa bateri (Laptop)
> Mengurangkan kepanasan
Servis & Upgrade System (RM20)
Servis windows yang bermasalah termasuk buang virus, baiki sistem dan tingkatkan prestasi komputer ke tahap maksimum mengikut kemampuan komputer.
Perisian yang telah ditetapkan oleh SCS System
Operating System
Microsoft Windows XP Professional SP3
Microsoft Windows Vista Ultimate
Microsoft Windows Se7en Ultimate
Security Tools
USB Disk Security
USB Remove
AntiVirus Avira
AntiVirus Kaspersky (Pembelian tambahan untuk dapatkan yang Original)
Office Tools
Microsoft Office 2003
Microsoft Office 2007
Acrobat Reader 9
Kamus 3000
Internet Tools
Mozilla Firefox Latest
Opera
Internet Download Manager
Orbit Download Manager
Yahoo Messenger 9
Multimedia Tools
K-Lite Codec + Media Player Classic
Storm CODEC
The KM Player
GOM Player
Windows Media Player 11
Winamp 5Series
Theme Tools
UberIcon
Object Dock
Windows Blinds 6Series
Graphic Tools
Adobe Photoshop CS series
Picasa 3
Compress Tools
WinRAR
WinZIP
Games
Super Mario
Checkers
Real Checkers
System Tools
CCleaner
Tweak UI
Unlocker
Virus Komputer.
Soalan yang biasa ditanya.
Kenapa virus ada pada pendrive saya?
Kerana pendrive anda telah dijangkiti virus yang menjadikan pendrive anda sebagai pembawa virus. Virus tersebut tidak aktif tetapi menanti untuk diaktifkan. Setiap kali anda memasukkan pendrive ke komputer, suatu fail iaitu autorun.inf akan diaktifkan secara auto dan menjalankan beberapa aturcara yang menyuntik virus ke dalam sistem komputer anda. Ini bererti, pendrive anda adalah suatu pembawa virus, dan virus itu hanya akan aktif apabila dimasukkan ke dalam port USB komputer.
Bagaimana untuk menghalang komputer dari diserang virus yang berpunca daripada pendrive?
Caranya ialah dengan mematikan fungsi autorun. (Tekan Ctrl + Shift semasa masukkan pendrive dan tunggu sehingga pendrive sedia digunakan baru lepaskan Ctrl + Shift.)
Bagaimana untuk mematikan fungsi autorun?
Jalankan program ini, secara auto ia akan mematikan fungsi autorun tersebut. Sekiranya ini adalah pertama kali anda menggunakan perisian ini, sila logoff atau restart sistem komputer anda setelah menjalankan perisian ini walaupun tanpa melakukan imbasan.
Adakah komputer saya bebas dari serangan virus dari pendrive setelah mematikan fungsi autorun?
Ya 50% dan tidak 50%. Walaupun peluang virus untuk menyerang komputer anda amat tipis, tetapi kesilapan membuka program virus yang bersifat menyamar akan membawa padah. Sila imbas pendrive anda setiap kali sebelum digunakan bagi langkah keselamatan.
Siapa yang mencipta virus?
Programmer perisian yang tidak bertanggungjawab.
Apa tujuan virus dicipta?
- Untuk menyusahkan pengguna.
- Untuk menguji kemahiran.
- Untuk menguji tahap keselamatan komputer.
- Untuk persaingan jualan perisian anti-virus.
- Dan banyak sebab lain.
Virus jenis apa yang menyerang Pendrive saya?
Tidak dapat diterangkan dengan lengkap kerana terlalu banyak nama virus dan ada juga virus yang tiada nama.
Apa yang virus itu buat bila menyerang pendrive saya?
Virus tersebut akan berdiam diri sehingga ada peluang untuk berkerja. Ini bermaksud ia berkemungkinan hanya menyasarkan untuk menjangkiti sistem komputer dan pendrive anda hanya dijadikan tempat kediaman sahaja.
Adakah kemungkinan virus tersebut menghilangkan data pada pendrive saya?
Ya, ada kemungkinan.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya data pada pendrive saya hilang?
Pertama sekali, sila buat imbasan menggunakan perisian ini. Sekiranya data tersebut tidak juga ditemui, anda boleh dapatkan semula data tersebut menggunakan perisian yang terdapat dipasaran.
Adakah kemungkinan lain bagaimana virus menyerang?
Ya, virus juga membuat inisiatif untuk terus hidup pada setiap kali komputer dihidupkan iaitu melalui Registry Startup, Startup Folder dan Services.